Daisypath

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 17, 2011

Pejam Celik, Pejam Celik..


Pejam celik pejam celik, dah 17 hari kita menunaikan ibadat puasa dan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Tapi, sudah cukupkah amalan kita? Berapa banyak amal ibadah yang telah kita lakukan untuk 16 hari yang lepas. Diterima atau tidak, itu kita serahkan pada-Nya. Mudahan-mudahan semua amalan kita akan diambil kira. InsyaAllah. Allah itu Maha Pemurah kan. Saya pun tak tau apa yang saya dapat untuk hari-hari yang lepas. And that's why, marilah sama-sama kita memanfaatkan bulan yang penuh makna ini dengan melakukan ibadat dan menjauhi perkara-perkara terlarang. Amin.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya:

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa."

Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)."


Rasulullah SAW bersabda: "Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."

Rasulullah SAW bersabda: "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."


Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad RA katanya:


Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya."




P/s : Let's ask for forgiveness from Him and people around us. :))

No comments:

Post a Comment