Daisypath

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 17, 2011

Pejam Celik, Pejam Celik..


Pejam celik pejam celik, dah 17 hari kita menunaikan ibadat puasa dan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Tapi, sudah cukupkah amalan kita? Berapa banyak amal ibadah yang telah kita lakukan untuk 16 hari yang lepas. Diterima atau tidak, itu kita serahkan pada-Nya. Mudahan-mudahan semua amalan kita akan diambil kira. InsyaAllah. Allah itu Maha Pemurah kan. Saya pun tak tau apa yang saya dapat untuk hari-hari yang lepas. And that's why, marilah sama-sama kita memanfaatkan bulan yang penuh makna ini dengan melakukan ibadat dan menjauhi perkara-perkara terlarang. Amin.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya:

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa."

Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)."


Rasulullah SAW bersabda: "Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."

Rasulullah SAW bersabda: "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."


Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad RA katanya:


Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya."




P/s : Let's ask for forgiveness from Him and people around us. :))

10 Days Photo Challenge : Day 10..

A photo that makes you laugh :


Once again, Fahda Amira bt Ami Rozaidi.

Haha. A photo that makes me laugh. I can't stop laughing and smiling whenever I look at this picture. Nakal kan si budak kecil nie. And once again I posted a photo of her. Told you, Cik Fahda nie never failed to make people laugh with her mimik muka. HAHA. Betol kan? 





P/s : Rindu pulak dekat budak comel nie. Hehe. And and with this entry, finally I berjaya menghabiskan 10 Days Photo Challenge nie setelah sekian lama. Fuh. :)) 

Tuesday, August 16, 2011

Nagai Aida - A Long Time..


Nagai Aida, Kiroro


At the times when we can't meet, your voice cracks over the telephone.
The smile on your face that time when we met after so long
Tugs at my chest.
I've realized that you are deep within my heart.
I love you.






  P/s : I love you, Sayang.

10 Days Photo Challenge : Day 9..

A photo of you have taken :


A photo that I have taken. Together with my other half, Fadhirul. Memang dah sah I yang snap photo nie. Buktinya, look at my hand. Haha. Kan?

Monday, August 15, 2011

Nak Nie Please..


Sotong Sumbat.

Nak makan nie please please please. Lama sangat dah craving nak makan sotong sumbat nie. I think the first and the last time I ate this sotong sumbat, masa Form 5 kot. A friend of mine brought them. Sedih kan? Nak cuba buatlah. Hehe. 

Resepinya :

Bahan-bahan
Sotong
Beras Pulut
Santan
Daun pandan
Gula melaka
Garam
Lidi 

Cara-cara
1. Rendamkan beras pulut bersama santan cair selama 2 hingga 3 jam dan letakkan garam secukup rasa.
2. Cuci sotong hingga bersih (asingkan kepala dan badan sotong).
3. Lepas tu masukkan beras pulut yang direndam ke dalam badan sotong then cantumkan badan dan  kepala sotong dengan menggunakan lidi. Pastikan beras pulut yang dimasukkan tu tak penuh sangat, kalau penuh nanti sotong akan pecah bila masak.
4. Bila semua sotong tu dah siap dicantumkan, masukkan ke dalam periuk bersama santan pekat dan tambah sedikit air, daun pandan, gula melaka, gula pasir dan sedikit garam.
5. Masak hingga mendidih dan jangan terlalu lama.

Sedia untuk dihidang.  Jom sama-sama mencuba. :))